send link to app

MyEconomic Data app for iPhone and iPad


4.8 ( 9488 ratings )
Finance
Developer: GOVERNMENT OF MALAYSIA
Free
Current version: 1.2, last update: 7 years ago
First release : 19 Dec 2016
App size: 17.39 Mb

Aplikasi ini berdasarkan maklumat ekonomi yang disediakan di portal rasmi Perbendaharaan sebagai panduan dan rujukan berkaitan penunjuk utama ekonomi Negara. Di samping itu juga, aplikasi ini bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dalam menyebarkan maklumat ekonomi Kerajaan.

Aplikasi ini merupakan alternatif kepada pengguna bagi mempercepat dan memudahkan capaian maklumat. Aplikasi ini menyediakan maklumat ekonomi Negara khususnya penunjuk utama ekonomi yang terdiri dari Kewangan Kerajaan Persekutuan, Ekonomi Dalam Negeri, Pengeluaran, Sektor Perkhidmatan, Penggunaan, Pelaburan, Sektor Luar Negeri, Harga, Sosial dan Demografi.

Selain itu, data terperinci turut disediakan iaitu hasil Kerajaan, perbelanjaan mengurus dan pembangunan, defisit, hutang, keluaran dalam negeri kasar (KDNK), pelaburan,2 pendapatan, tabungan, pendapatan per kapita, harga komoditi, jualan kenderaan, kutipan cukai dan lain-lain.

Adalah diharapkan agar aplikasi ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan pengguna dapat menggunakan maklumat ini dengan berhemah dan bertanggungjawab.